SAMBUTAN MAULIDUR RASUL, 1431H
>> Wednesday, 10 March 2010
TARIKH : 28 FEBRUARI, 2010
TEMPAT : PADANG PERBANDARAN, MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN
TEMPAT : PADANG PERBANDARAN, MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN
Seawal jam 7:00 pagi lagi, Ketua Pemuda bersama-sama dengan beberapa orang AJK Pemuda telah berada di padang perbandaran Sandakan bersama-sama dengan ribuan umat Islam yang lain bagi menghadiri Perhimpunan Sambutan Maulidu Rasul S.A.W Peringkat Daerah Sandakan, Tahun 1431H / 2010M.
Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi bersama-sama dengan AJK UMNO Bahagian, AJK Wanita dan AJK Puteri mengikuti perbarisan bagi mewakili kontinjen UMNO Batu Sapi. Perhimputan sambutan Malidur Rasul tahun ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Musa Hj Aman. Beberapa orang wakil rakyat turut bersama-sama memeriahkan lagi majlis termasuk YB Mejar (K) Datuk Hj Samsudin Yahya, Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi.
Dalam majlis tersebut, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi turut menerima Sijil Penghargaan dari pihak Majlis Perbandaran Sandakan di atas sumbangan dan bantuan di dalam mengendalikan Pertandingan Kompang sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sandakan.
Ketua Pemuda bersama-sama dengan Setiausaha Bahagian dan Ketua Wanita




{ MEMANTAPKAN UKHUWAH, MEMPERKASAKAN UMMAH }
0 comments:
Post a Comment