PERTANDINGAN SENI KART & MEWARNA

>> Wednesday 10 March 2010

TARIKH : 27 FEBRUARI, 2010
TEMPAT : BALAIRAYA, KAMPUNG BOKARA

Majlis pertandingan mewarna Logo 1 Malaysia dan membuat Kart untuk peserta-peserta tahun 1 hingga 6, telah diadakan di Balairaya Kg Bokara. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Cawangan Kg Sibuga Jalan Batu Sapi dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi.


Menurut Ketua Pemuda, program sebegini akan dapat membantu menanam semangat Cintakan Negara khususnya di kalangan kanak-kanak yang mengambil bahagian. Selain daripada itu juga, ianya akan dapat menerapkan ciri-ciri Ke Islaman di kalangan kanak-kanak tersebut melalui pertandingan membuat Kart.


Pada majlis perasmian, Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi turut memuji Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang sentiasa tidak henti-henti mengadakan aktiviti. Beliau turut menyeru para Ibubapa agar sentiasa memerhatikan gerak geri anak masing-masing agar mereka tidak melakukan perkara-perkara yang tidak sihat.


Ketua Pemuda mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan penduduk Kg Bokara



Kelihatan ketibaan YB Datuk Samsudin Yahya telah disambut dengan mesra oleh masyarakat Kg Bokara


Salah seorang pemenang dalam pertandingan mewarna Logo 1 Malaysia menerima hadiah dari YB Datuk Samsudin Yahya


Pemenang untuk acara membuat Kart telah menerima hadiah dari YB Datuk sambil diperhatikan oleh Ketua Pemuda



Inilah yang diharapkan oleh ahli UMNO Batu Sapi; Hubungan yang akrab di antara Ketua Bahagian dengan Ketua Pemuda










0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP