LAWATAN YANG BERHORMAT LIM KIT SIANG

>> Thursday 4 March 2010

Yang Berhormat Lim Kit Siang melakukan lawatan ke Sabah sempena rumah terbuka DAP pada Tahun Baru Cina baru-baru ini. Lawatannya mendapat liputan yang begitu hebat terutama daripada media tempatan seperti Daily Express dan Borneo Post.


Saya sungguh kagum melihat kesungguhan beliau untuk meninjau dan menyelami masalah-masalah rakyat di Sabah terutamanya di pedalaman. Pelbagai isu yang berjaya beliau kupaskan dan paling menarik minat saya adalah tuduhan beliau yang mengatakan kaum pribumi di Sabah terutamnya daripada kaum Kadazan, Dusun dan Murut telah di anak tirikan dan di tindas. Jutaan tahniah kepada beliau kerana hampir 30 tahun sudah menjadi ahli Yang Berhormat dan pemimpin unggul pembangkang pentas nasional barulah pertama kali beliau mengupas dan mengutarakan perihal itu. Tapi bab kata orang putih “It is never too late”.


Tindakan Yang Berhormat Lim Kit Siang pada kacamata saya adalah semata-mata mahu memainkan ataupun menyemarakkan api perkauman supaya parti Barisan Nasional yang di tunjang oleh UMNO di label sebagai sebuah Parti yang rasis. Malangnya bagi Yang Berhormat Lim Kit Siang isu seperti ini membuatkan saya percaya dan yakin, penduduk negeri Sabah yang cukup terkenal dengan sikap saling hormat menghormati dan penerimaan sesama kaum lain yang begitu erat pastinya tidak sama sekali akan termakan dengan agenda rasis DAP ini.

Mungkin beliau tidak sama sekali memahami ataupun mempelajari suasana politik di Sabah. Adakah beliau sudah lupa ada tiga parti Pribumi wujud di negeri Sabah. Parti Bersatu Sabah (PBS) yang di pelopori oleh Yang Berhormat Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, Parti Pasok Momogum (UPKO) di tunjang oleh Tan Sri Bernard Giluk Dompok, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang diketuai oleh Tan Sri Joseph Kurup. Adakah dengan kewujudan tiga parti pribumi Sabah masih lagi di anggap sebagai penindasan terhadap kaum Kadazan, Dusun dan Murut.

Yang nyata lagi disini, ketiga-tiga Presiden parti masing-masing mendapat kedudukan yang cukup tinggi dalam jawatan kerajaan. Mungkin Yang Berhormat Lim Kit Siang mudah lupa bahawa Yang Berhormat Datuk Seri Pairin Kitingan adalah juga Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Seri Maximus Ongkili Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah menjawat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Tan Sri Bernad Giluk Dompok pula merupakan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dan Tan Sri Joseph Kurup juga di lantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Ironinya di sini pula, Parti UMNO yang kononnya menindas kaum Kadazan, Dusun dan Murut hanya menduduki dua kerusi menteri kabinet pusat walaupun UMNO mempunyai lebihan kerusi Parlimen.


Saya sungguh tertarik dengan ungkapan kata-kata Tun Dr Mahathir “Melayu Mudah Lupa” kerana ianya lebih sesuai di ungkap kepada Yang Berhormat Lim Kit Siang sewaktu majlis pertabalan bekas Menteri Besar Perak Datuk Sri IR Nizar Jamaluddin telah di boikot oleh beliau kerana ketidakpuasan hatinya Yang Berhormat daripada parti PAS yang menduduki kerusi itu sedangakan parti DAP mempunyai kerusi DUN yang lebih daripada PAS. Lihat perbandingan yang ketara disini, walaupun UMNO Sabah mempunyai kerusi yang lebih Alhamdulillah tidak ada suara yang sumbang di dengari dan juga langsung sama sekali tidak ada unsur-unsur boikot di praktikan. Siapa yang sebenarnya mengamalkan sikap rasis, tepuk dada tanya selera.

Yang Berhormat Lim Kit Siang mungkin sudah mengalami masalah ingatan yang serius di sebabkan faktor usianya kerana Kerajaan pimpinan DAP di Pulau Pinang sama sekali tidak memberikan tempat kepada Adun Pas di barisan exco kerajaan negeri. Berlainan kes di Sabah, Tan Sri Joseph Kurup telah diberikan tempat yang cukup istimewa walaupun PBRS hanya mempunyai satu kerusi parlimen dan Tan Sri sendiri mengakui yang PBRS hanya sebuah parti komponen Barisan Nasional yang tidak mempunyai pengaruh yang luas dan kuat. Sebaliknya Kerajaan Barisan Nasional yang mengamalkan sikap saling percaya mempercayai dan keterbukaan memberi peluang kepada Tan Sri Joseph Kurup supaya parti PBRS dapat meneruskan perjuangan bagi kaum Murut. Bukankah ini satu perilaku yang ikhlas oleh kerajaan Barisan Nasional. Kes yang berlaku di negeri Kedah pada pertengahan tahun 2009 paling memualkan dan jelas menunjukkan sikap para pemimpin DAP yang ekstrem apabila memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat hanya gara-gara pusat penyembelihan babi di arah untuk berpindah bukan di tutup walaupun Kota Alor Star yang diduduki seramai 85 peratus penduduk Islam. Dimanakah sikap toleransi pemimpin DAP dan kenapakah tidak ada tindakan disiplin di kenakan kepada meraka ini? Adakah para pemimpin DAP kebal daripada tindakan disiplin walaupun tindakan yang dilakukan oleh mereka lebih teruk daripada Yang Berhormat Datuk Seri Zahrain, Yang Berhormat Tan Tee Beng dan Yang Berhormat Zulkifli Nordin.


Yang Berhormat Lim Kit Siang juga seharusnya mempelajari lanskap politik di negeri di bawah bayu dan janganlah suka menunjukkan sikap ataupun pemikiran komunis di negeri Sabah. Ini kerana beberapa bahagian UMNO di Sabah di tunjang oleh pemimpin-pemimpin daripada kaum Kadazan, Dusun dan Murut. Ketua Bahagian Penampang, Ketua Bahagian Tenom, Ketua Bahagian Kota Marudu, Ketua Bahagian Ranau dan Ketua Bahagian Pensiangan semuanya diketuai daripada kaum-kaum tersebut. Namakan satu bahagian DAP diketuai oleh kaum Melayu selain daripada kaum Tiong Hua ataupun India. Bayangkan setelah hampir 53 tahun kita merdeka barulah ada satu cawangan Melayu di tubuhkan oleh DAP. Cakap Tak Serupa Bikin. Yang Berhormat Lim Kit Siang sekali lagi kami Pemuda UMNO Batu Sapi mengingatkan secara hormat supaya jangan mainkan isu sebegini rupa kerana ianya hanya membuka kelemahan dan pekung Parti Sosialis kamu itu sendiri.


Dari segi kemajuan di kawasan kaum Kadazan, Dusun dan Murut serta keseluruhan kawasan pedalaman memang di akui agak mundur dan masih banyak perkara-perkara yang harus dilakukan. Harus disedari yang parti Barisan Nasional baru memerintah selama 15 tahun dan sebelum ini di perintah oleh parti USNO, Berjaya dan PBS, oleh yang sedemikian rupa memanglah jarak perbezaan 35 tahun dari segi pembangunan dan sosio ekonomi wujud. Berkat kesungguhan kerajaan Barisan Nasional jarak perbezaan kemajuan dan sosio ekonomi dapat di kurangkan. Ini memang jelas dapat di lihat oleh rakyat jelata Sabah jika di bandingkan dengan pimpinan kerajaan terdahulu. Keadaan Jalan Raya, Sekolah dan juga infrastruktur asas yang lain bertambah baik dan banyak. Kerajaan Barisan Nasional sedar betapa banyak perkara yang harus di percepatkan kemajuan di negeri Sabah supaya dapat bersaing dengan Semenanjung Malaysia. Atas kesedaran itulah, Perdana Menteri kita, Datuk Sri Muhammad Najib melantik Dato Sri Shafie Afdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah demi memastikan kemajuan luar bandara terutamanya negeri Sabah dan Sarawak terjamin. Adakah ini satu diskriminasi terhadap kaum Pribumi?


Harus di ingatkan supaya, kita sebagai rakyat Sabah tidak termakan dengan sentimen kaum yang di permainkan oleh Yang Berhormat Lim Kit Siang. Seharusnya kita melihat dan membuat kajian terhadap latar belakang kehidupannya dan ideologi perjuagan politiknya. Sabah adalah sebuah negeri yang cukup indah dari segi sikap penerimaan dan keterbukaan sesama kaum. Marilah kita bersama-sama memelihara tradisi yang cukup cantik ini.

Khairul Firdaus (Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi)

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP