SAMBUTAN CHAP GOH MEI

>> Tuesday 9 March 2010

TARIKH : 27 FEBRUARI, 2010
TEMPAT : PASAR, TAMAN MAWAR


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah menghadiri majlis sambutan Perayaan Chap Goh Mei, di Taman Mawar Jalan Sibuga. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi merangkap ADUN Kawasan Sekong, YB Mejar (K) Datuk Hj Samsudin Yahya.
Seramai hampir 2,000 orang telah menghadiri majlis tersebut dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk Cina dan Melayu. Ini telah membuktikan bahawa konsep Gagasan Satu Malaysia telah berjaya diwujudkan di kawasan Batu Sapi. Majlis tersebut juga turut diserikan lagi dengan persembahan dari beberapa kumpulan Tarian Singa.


Ketua Pemuda bersama Naib Ketua Pemuda serta barisan AJK Pemuda Bahagian yang hadir pada malam tersebut


Salah satu aksi menarik dalam persembahan Tarian Singa di malam tersebut


Kelihatan orang ramai begitu kagum dengan persembahan dari salah satu kumpulan Tarian Singa yang dipersembahkan









0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP