PERTANDINGAN KOMPANG

>> Sunday 7 March 2010

TARIKH : 26 FEBRUARI, 2010
TEMPAT : DEWAN MASYARAKAT SANDAKAN

Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah diberi kepercayaan oleh Majlis Perbandaran Sandakan untuk menganjurkan Pertandingan Kompang Sempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Daerah Sandakan, Tahun 1431 H / 2010 M.

Seramai 7 buah kumpulan Kompang dari seluruh Daerah Sandakan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Mejar (K) Datuk Hj Samsudin Yahya, Ketua Bahagian UMNO merangkap ADUN Kawasan Sekong.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Ketua Pemuda menegaskan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi akan berusaha untuk mengangkat martabat seni kompang ini ke satu tahap yang lebih tinggi. Untuk itu, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi akan mewujudkan kumpulan-kumpulan kompang di setiap Zon khususnya di Bahagian Batu Sapi.

Dalam pertandingan tersebut, Johan telah disandang oleh Kumpulan Nur Al Falah dari Kampung Karamunting, Naib Johan Kumpulan Nur Jamieyah dari Kampung Gas, manakalan kumpulan Soutor Rahman dari Taman Merpati menyandang tempat ketiga.

Antara gambar-gambar yang sempat dirakam pada majlis tersebut.

Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan, Ketua Pemuda sedang menyampaikan ucapan alu-alaun

Antara Dif-dif jemputan yang turut bersama-sama menyerikan majlis.

Kelihatan YB Datuk, sedang menyampakan cenderakenangan kepada salah seorang Hakim

Tiba pula giliran Ketua Pemuda menyampaikan cenderakenangan kepada YB Datuk di atas kesudian merasmikan majlis


Kelihatan ruang Dewan Masyarakat dipenuhi oleh para penonton yang hadir



[ Johan Pertandingan ] Kumpulan Nur Al Falah sedang membuat persembahan


[ Tempat Ketiga ] Kumpulan Soutor Rahman ketika membuat persembahan







































0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP