BADMINTON TERTUTUP KG SUNDANG DARAT

>> Thursday 9 June 2011

TARIKH : 30 APRIL, 2011
TEMPAT : DEWAN SIBUGA JAYA, BATU 8, SANDAKAN


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah bekerjasama dengan Pemuda Cawangan Kg Sundang Darat untuk menganjurkan kejohanan Badminton tertutup cawangan Kg Sundang Darat. Selain daripada cuba mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan badminton, kejohanan ini turut mengeratkan hubungan dengan pihak PGA Sandakan kerana turut di jemput untuk menyertai kejohanan tersebut. Antara kategori yang dipertandingkan, kategori tertutup 60 tahun, kategori remaja, kategori tertutup belia karamunting dan kategori berpasangan wanita.


Ketua Pemuda memuji Ketua Pemuda Cawangan Kg Sundang Darat, encik Usman Masahat yang berjaya menganjurkan kejohanan tersebut. Selaku Ketua Pemuda, Firdaus memberitahu bahawa, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi akan sentiasa membantu mana-mana cawangan pemuda yang aktif dalam menganjurkan apa jua bentuk sukan yang dapat memberi manfaat khususnya kepada golongan belia.


Ketua Pemuda bersalaman dengan para peserta


Bergambar bersama peserta berpasangan wanita


Kategori jemputan PGA Sandakan


Sebahagian daripada belia kg karamunting

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP