PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR

>> Wednesday 22 June 2011

TARIKH : 13 MEI, 2011
TEMPAT : SK SUNGAI ANIB III



Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi sekali lagi menunjukkan kesungguhan untuk meningkatkan mutu pendidikan pelajar-pelajar di kawasan Batu Sapi dengan menganjurkan Program Kecemerlangan UPSR. Program kali ini telah diadakan di SK Sungai Anib III dengan sasaran utama adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR.


Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus Akbar Khan meminta agar semua pelajar dapat memanfaatkan sepenuhnya program ini demi untuk mencapai sesuatu yang diluar jangkaan semasa mendapat keputusan peperiksaan nanti. Selain daripada itu juga, dalam ucapan penangguhan program tersebut, beliau turut menyarankan kepada semua para pelajar agar tidak berharap kepada tunjuk ajar guru semata-mata, tetap ianya haruslah disusuli dengan usaha yang lebih semasa berada di luar sekolah.


Pada majlis tersebut, Ketua Pemuda turut mengiktiraf dua pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan UPSR yang lepas dengan memberi sumbangan berupa buku pelaburan Amanah Saham Wawasan 2020.



Ketua Pemuda bersama Guru Besar


Wakil pelajar menerima sijil penyertaan...


Guru Besar sedang menyampaikan ucapan alu-aluan...

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP