Penyerahan Meja Ping Pong

>> Friday 24 June 2011


16 JUN, 2011
KAMPUNG AIR / KAMPUNG BOKARA / KAMPUNG ISTIMEWA / TAMAN MAWAR


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi melalui Ketua Pemuda telah menyerahkan meja ping pong di kampung Air, Kampung Bokara, Kampung Istimewa dan Taman Mawar yang mana setiap tempat di atas telah mendapat sebuah meja.


Adalah diharapkan kemudahan yang diberikan akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh belia-belia di kampung berkenaan. Selain daripada itu juga, Ketua Pemuda berharap, dengan adanya kemudahan tersebut ianya secara tidak langsung akan mengelakkan golongan belia terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat.




Penyerahan Meja Ping Pong di Kampung Air

Gambar di atas menunjukkan penyerahan meja ping pong yang diadakan di Kampung Air. Majlis penyerahan telah dilakukan di rumah Ketua Pemuda Cawangan Kg Air, iaitu saudara Daud Ag Besar.




Penyerahan Meja Ping Pong di kampung Bokara

Dua buah gambar di bawah menunjukkan majlis penyerahan meja ping pong yang diberikan kepada belia-belia di kampung Bokara. Majlis penyerahan di lakukan dirumah saudara Madlan Santong, abang kepada Ketua Pemuda cawangan Kg Arang laut, Azhar Santong. Peluang berjumpa dengan Ketua Pemuda telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh para belia yang hadir untuk menyuarakan segala permasalahan yang mereka hadapi.




Penyerahan Meja Ping Pong di kampung Istimewa

Rumah saudara Hasan Yusuf, Ketua Pemuda Cawangan Kg Buangan Jalan Batu Sapi telah dijadikan tempat untuk majlis penyerahan meja ping pong bagi kegunaan belia-belia di kampung Istimewa. Para belia yang hadir mengucapkan terima kasih khususnya kepada Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi di atas pemberian tersebut.




Penyerahan Meja Ping Pong Di Taman Mawar

Majlis penyerahan telah dilakukan oleh Penolong Setiausaha Pemuda, saudara Azman jambo bagi mewakili Ketua Pemuda. Penyerahan telah dibuat di perkarangan Masjid Nurur Rahman kerana peralatan tersebut akan digunakan oleh belia-belia masjid semasa acara riadah.


0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP