>> Thursday 9 June 2011

TARIKH : 29 APRIL, 2011
TEMPAT : SMK SANDAKAN II


Khairul Firdaus selaku Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi telah dijemput untuk merasmikan Majlis WACANA KEBITARAAN MODAL INSAN 2011, SMK Sandakan II. Program ini adalah sebagai satu penghargaan khususnya kepada para pelajar yang telah mencapai keputussan yang cemerlang dalam bidang akademik untuk tahun 2011.



Dalam ucapannya, Khairul Firdaus menekankan bahawa pencapaian seseorang pelajar tersebut tidak semestinya bergantung kepada tenaga para pendidik sahaja, malah ianya haruslah mendapat sokongan serta dorongan dari ibubapa. Selain daripada itu juga, beliau mengingatkan para pelajar bahawa bebanan dalam kehidupan tidak seharusnya dijadikan sebagai batu penghalang untuk mendapat keputusan yang cemerlang.



Pada majlis tersebut juga, beliau turut memberi sumbangan kepada 15 pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang berupa buku Pelaburan Amanah Saham Wawasan 2020.




Firdaus menerima cendera kenangan dari Pengetua


Khairul Firdaus ketika menyampaikan hadiah kepada salah seorang pelajar cemerlang


Antara persembahan dari pelajar sekolah


Ucap tama dan seterusnya merasmikan program


Antara tetamu kehormat yang hadir


Tuan Pengetua menerangkan sesuatu kepada Firdaus


Mencuba F1 hasil reka cipta pelajar sekolah berkenaan

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP