Program Gerakan Membaca 2011, SMK Agama

>> Tuesday 16 August 2011


Tarikh : 29hb Julai, 2011
Tempat : SMK Agama, Sandakan


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah bekerjasama dengan pihak SMK Agama untuk menjayakan Program Gerakan Membaca 2011, peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sandakan.


Acara Perasmian telah disempurnakan oleh Penolong Setiausaha Pemuda, saudara Azman Jambo yang mewakili Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus Akbar Khan. Dalam ucapannya, Azman jambo mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah yang berjaya menganjurkan satu program yang cukup memberi manfaat kepada para pelajar. Beliau selanjutnya meminta para pelajar sentiasa menghargai pengorbanan para tenaga pengajar di atas usaha, jasa dan ilmu yang dicurahkan kepada para pelajar bagi memastikan para pelajar sentiasa berada di landasan yang sepatutnya.


Para pelajar juga diingatkan agar menukar konsep pembelajaran dari pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan kepada pembelajaran sepanjang hayat. Selain daripada itu, beliau memberitahu bahawa Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi akan sentiasa membantu dan memberi suntikan motivasi kepada para pelajar bagi memastikan semua pelajar mendapat keputusan peperiksaan yang amat membanggakan.



PSU Pemuda sedang melawat tapak pameran sambil diiringi Pengetua Sekolah




Menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang mendapat tempat dalam beberapa pertandingan yang diadakan sempena dengan Program Gerakan Membaca tahun 2011




Kedua-dua gambar di atas menunjukkan para pelajar yang hadir pada majlis tersebut...


Gambar di bawah menunjukkan PSU Pemuda sedang memukul Gong sebagai tanda perasmian Penangguhan Program Gerakan Membaca Tahun 2011..






0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP