Bantuan Makanan Tambahan Minggu Ke 4

>> Tuesday 9 August 2011


9 Julai, 2011
Kampung Bakau, Sandakan


Genap sebulan sejak dilancarkan, bantuan makanan tambahan anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi kepada 100 kanak-kanak di Kampung Bakau dilaksanakan. Alhamdullillah, setakat ini semua yang dirancang telah berjalan seperti yang diharapkan.


Untuk minggu yang ke empat (4) ini, pembahagian telah dijalankan oleh Pemuda-Pemuda cawangan Kampung Siguntor yang juga merupakan cawangan Penolong Setiausaha Pemuda.





Dua gambar di bawah menunjukkan Ketua kampung, pakcik Kamlun Hassan sentiasa bersama-sama setiap kali pembahagian dijalankan sebagai tanda sokongan terhadap program yang dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi.




Dua gambar dibawah pula menunjukkan Penolong Setiausaha Pemuda, saudara Azman Jambo sedang memeriksa kad penerima yang di bawah oleh kanak-kanak terbabit. Ianya bertujuan untuk memastikan mereka yang menerima adalah yang telah dipilih. Turut kelihatan Ketua Kampung, Pakcik Hassan(berbaju hitam) yang turut bersama-sama dan pemuda cawangan kg siguntor.






0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP