Bas Sekolah Percuma

>> Tuesday 9 August 2011



2 JULAI, 2011
SK SUNGAI ANIB III


Syabas dan Tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang telah berjaya mengadakan Perkhidmatan 'BAS SEKOLAH SECARA PERCUMA' yang merupakan salah satu program yang julung-julung kali diadakan di Batu Sapi dan juga pertama kali di Negeri Sabah.
Itulah satu satu rangkap ucapan YB Datuk Samsudin Yahya semasa merasmikan Program Jom Ke Sekolah Bersama Pemuda UMNO Batu Sapi, di SK Sungai Anib III.


Seramai 60 pelajar yang kurang berkemampuan telah bertuah kerana terpilih untuk mendapat Perkhidmatan Bas Sekolah Secara PERCUMA yang dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Kesemua 60 pelajar terlibat adalah yang bersekolah di SMK Sandakan II, SMK Elopura II dan SK Sungai Anib III.


Terdahulu, menurut Ketua Pemuda, pemilihan 60 pelajar terbabit adalah sebagai permulaan program dan sekiranya ianya menampakkan hasil yang berkesan jumlah pelajar yang mendapat perkhidmatan ini akan ditambah dari semasa ke semasa. Tujuan asal program ini adalah untuk membantu meringankan beban pelajar yang kurang berkemampuan agar mereka tidak tercicir dari hari-hari persekolahan.




Pelajar kurang upaya menjadi keutamaan mendapat perkhidmatan ini. Kelihatan mereka begitu gembira kerana terpilih mendapat perkhidmatan yang diberikan.




Ketua Wanita turut diberi peluang memberi Kad Pelajar Jom Ke Sekolah Bersama Pemuda UMNO batu Sapi kepada pelajar yang bertuah. Kelihatan Ketua Pemuda bertanyakan sesuatu kepada pelajar terbabit.





Kedua-dua gambar dibawah menunjukkan simbolik penyerahan Stiker Jom Ke Sekolah kepada pemandu bas yang diamanahkan untuk perkhidmatan ini. Turut kelihatan pihak RTM Sandakan turut membuat liputan pada majlis tersebut.






Kelihatan Ketua Pemuda memperkatakan sesuatu kepada YB Datuk Samsudin. Turut bersama-sama pada majlis tersebut Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan, Sh Mahada, dan Pengetua SMK Sandakan 2, Encik Mohd Tan Bacho.




0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP