Bantuan Balu/Fakir Di Kg Istimewa

>> Tuesday 16 August 2011

Tarikh : 12hb, Ogos, 2011
Tempat : Kampung Istimewa



Seramai 20 orang yang terdiri daripada golongan balu dan fakir miskin telah terpilih untuk mendapat bantuan dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Mereka yang terpilih telah menerima Wang Tunai dan Barangan Keperluan Asas yang disampaikan sendiri oleh Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus berserta dengan beberapa orang AJK Pemuda.


Pembahagian telah dijalankan dengan konsep berkunjung dari rumah ke rumah. menurut ketua Pemuda, konsep sedemikian rupa akan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh masyarakat kampung di samping dapa menyelami sendiri kehidupan sebenar mereka.



Kedua-dua gambar di atas menunjukkan Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus sedang menyampaikan bantuan kepada golongan balu dan warga emas di kawasan Kampung Istimewa..


Gambar bawah pula menunjukkan Pen. Setiausaha Pemuda, saudara Azman Jambo sedang menyampaikan bantuan dari Pergerakan Pemuda UMNO kepada salah seorang warga emas di Kampung Istimewa.



Gambar bawah memperlihatkan Ketua Pemuda bersama AJK Pemuda dan masyarakat setempat bergerak dari satu rumah ke satu rumah untuk menyampaikan bantuan..






0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP