Bantuan Anak Yatim Di SMK Agama

>> Tuesday 16 August 2011


Tarikh : 12hb, Ogos, 2011
Tempat : SMK Agama Sandakan


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, golongan yang selalu mendapat perhatian adalah golongan anak-anak yatim. Sehubungan dengan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang diketuai oleh saudara Khairul Firdaus Akbar Khan telah memberi bantuan kepada 31 orang pelajar di SMK Agama yang terdiri dari anak-anak yatim.


Menurut Firdaus, bantuan yang diberikan setidak-tidaknya dapat meringankan beban terutama di bulan yang mulia ini. Beliau selanjutnya mengingatkan para pelajar agar sentiasa mengamalkan sifat berjimat cermat. Bantuan yang diberikan adalah berbentuk pelaburan di dalam Amanah Saham Bumiputera.






Dua gambar di atas menunjukkan Ketua Pemuda sedang menyerahkan buku Pelaburan Amanah Saham Bumiputera kepada anak-anak yatim yang terlibat. Sementara gambar di bawah pula menunjukkan Ketua Pemuda merakam gambar kenang-kenangan bersama pelajar-pelajar yang terdiri dari anak-anak yatim yang menerima bantuan.







0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP