Bantuan Makanan Tambahan Minggu Ke 5

>> Monday 15 August 2011



16 HB JULAI, 2011
KAMPUNG BAKAU, SANDAKAN


Pembahagian Makanan Tambahan kepada 100 kanak-kanak di kg Bakau telah memasuki minggu yang ke 5. Ketua Pemuda UMNO Cawangan Zon Kepulauan mengambil tugas untuk melaksanakan tugas pembahagian.









Ketua-ketua Pemuda UMNO Zon Kepulauan mengambil alih tugas untuk mengagih-agihkan bantuan makanan tambahan kepada 100 kanak-kanak di kampung Bakau. Walaupun mereka terpaksa menaiki bot dan mengambil masa lebih kurang 45 minit perjalanan untuk sampai ke Sandakan, tetapi semua itu bukan penghalang kepada mereka. Mereka bertiga sependapat bahawa tugas untuk membantu rakyat yang memerlukan amat penting daripada segalanya. Tahniah diucapkan kepada mereka bertiga.










Kelihatan dalam gambar kanak-kanak yang sedang beratur untuk menanti giliran bagi mendapatkan bantuan makanan tambahan yang diberikan secara percuma oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Turut bersama-sama mereka, Ketua kampung Bakau, saudara Kamlun Hassan yang sentiasa bersama-sama setiap minggu bagi memastikan pembahagian berjalan dengan lancar dan teratur.








Dari kiri; Saudara Roslan, ketua Pemuda cawangan Api-Api,

Ardin Bundin, Ketua Pemuda Cawangan Kg Perpaduan Sungai Siguntor dan

Mohamad Noor, Ketua Pemuda Cawangan Pulau Shanghai.










Sentiasa ceria, itulah raut wajah kanak-kanak setiap kali menerima bantuan yang diberikan. Ketiga-tiga pejuang dari Zon Kepulauan sempat merakamkan gambar kenangan bersama kanak-kanak di Kampung Bakau..

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP