BANTUAN WARGA EMAS DI KG LUPAK MELUAS

>> Tuesday 11 October 2011

TARIKH : 20 OGOS, 2011
TEMPAT : MASJID KG LUPAK MELUAS


Destinasi terakhir untuk hari ini, 20 Ogos, 2011, adalah di Masjid Kg Lupak Meluas. Di Masjid ini seramai 20 orang yang terdiri daripada golongan warga emas telah mendapat bantuan dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Bantuan berupa barangan keperluan asas serta wang tunai telah disampaikan sendiri oleh Ketuanya, saudara Khairul Firdaus Akbar Khan.


Kelihatan dalam gambar di bawah Ketua Pemuda sedang mengagih-agihkan barangan keperluan asas dan wang tunai kepada para penerima.




Majlis di Masjid Lupak Meluas turut diserikan dengan majlis khatam quran oleh para pelajar KAFA. Kelihatan Ketua Pemuda sedang menyampaikan cenderahati kepada pelajar yang terlibat.




0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP