BANTUAN FAKIR DI KG TABAH BARU

>> Tuesday 11 October 2011

TARIKH : 20 OGOS, 2011
TEMPAT : KAMPUNG TABAH BARU


Selepas selesai mengagih-agihkan bantuan di Kampung Karamunting, rombongan Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi bergerak pula ke kampung berhampiran iaitu, Kampung Tabah Baru. Di kampung ini, seramai 10 orang telah terpilih sebagai penerima bantuan yang disalurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. 


Seperti juga di tempat-tempat yang sebelumnya, barangan yang diterima oleh mereka yang berkelayakan adalah berbentuk barangan keperluan asas serta wang tunai. Semoga bantuan yang dihulurkan dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh setiap penerima.


Kelihatan di dalam gambar Ketua Pemuda, saudara Khairul firdaus sedang memberi bantuan kepada penerima di Kampung Tabah Baru.





0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP