Bantuan Balu/Warga Emas di Kampung Karamunting

>> Monday 3 October 2011

TARIKH : 20 OGOS, 2011
TEMPAT : KAMPUNG KARAMUNTING


Selepas Kg Bahagia dan Kg Gas, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi meneruskan Program bantuan sempena bulan Ramadhan di Kampung Karamunting. Seramai 20 orang yang terdiri daripada golongan Balu/Warga Emas telah terpilih untuk menerima bantuan.


Ketua Pemuda bersama-sama dengan beberapa orang AJK Pemuda telah bergerak dari rumah ke rumah untuk menyampaikan bantuan sambil dibantu oleh Pemaju Mukim Kg Karamunting, saudara Awang Yunus. Walaupun dalam keadaan hujan renyai namun usaha yang murni untuk membantu golongan yang memerlukan tetap diteruskan juga.


Gambar kecil di bawah menunjukkan Ketua Pemuda sedang menyampaikan bantuan kepada mereka yang telah disenaraikan oleh pemimpin masyarakat di Kampung berkenaan. Turut mengiringi Ketua Pemuda, Pemaju Mukim, saudara Awang Yunus (berbaju kuning)










KelihatanKetua Pemuda bersama-sama AJK Pemuda bergerak sambil membawa barangan yang hendak disampaikan kepada bakal penerima


Golongan warga emas tidak pernah dipinggirkan. Kelihatan dalam gambar Ketua Pemuda ketika menyampaikan bantuan kepada golongan warga emas.



0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP