Futsal Dgn Pemuda Cawangan

>> Wednesday 2 February 2011

TARIKH : 21 JANUARI, 2011
TEMPAT : GELANGGANG FUTSAL BATU 4, SANDAKAN


Bersukan bukan sahaja boleh menjadikan badan sihat, malahan melalui aktiviti bersukan juga boleh mengeratkan hubungan tali siraturahim. Menyedari hakikat tersebut, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi, telah mengadakan perlawanan persahabatan Futsal dengan Pemuda-Pemuda cawangan Kampung Pakil Darat.


Dalam program tersebut, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang diketuai oleh Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan mengambil kesempatan untuk menyampaikan satu set Jersi untuk kegunaan Pemuda-Pemuda cawangan berkenaan.


Sementara itu, naib Ketua Pemuda, saudara Pg Roslan Pg Nasrun memberitahu, melalui program bersukan ini juga secara tidak langsung akan dapat menghindarkan pemuda-pemuda terlibat dengan aktiviti tidak sihat.



Dua (2) gambar di bawah menunjukkan penyerahan Set Jersi kepada Pemuda Cawangan






Gambar di bawah menunjukkan aksi-aksi yang sempat dirakam masa perlawanan



0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP