Penyerahan Kompang Kepada Pemuda Cawangan

>> Wednesday 2 February 2011

TARIKH : 21 JANUARI, 2011
TEMPAT : KG ISTIMEWA, TAMAN MESRA & TAMAN MAWAR


Permainan kompang bukan sahaja sebagai alat permainanan tradisi, malahan ianya merupakan alat permainan tradisional yang harus dipertingkatkan lagi mutu permainan dan penggunaannya.


Pada kebiasaannya, kompang selalu kedengaran pada majlis-majlis perkahwinan ataupun dalam majlis-majlis rasmi. Tetapi, pada masa ini permainan kompang telah diperkembangkan lagi yang mana ianya menjadi satu saluran untuk menyebarkan Syiar Islam melalui pertandingan yang diadakan setiap sambutan Maulidur Rasul.


Sehubungan dengan itu, maka Pergerakan Pemuda UMNO akan cuba sedaya upaya untuk memperbanyakkan lagi kumpulan-kumpulan kompang khususnya di kawasan Batu Sapi. Antar perkara yang turut mendorong hasrat Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi adalah, kejuaraan yang dirangkul oleh kumpulan kompang yang lahir dari kawasan Batu Sapi.



Penyerahan kompang kepada pemuda cawangan di Kampung Istimewa



Naib Ketua Bahagian, Sahak Noh (dua dri kiri) menyaksikan penyerahan kompang kepada pemuda cawangan beliau


Ketua Pemuda menyerahkan kompang kepada pemuda-pemuda Taman Mawar


Pemuda-pemuda Taman Mawar sempat menunjukkan bakat bermain kompang....

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP