Program Amal Jariah di Kg Gas

>> Sunday 6 February 2011

TARIKH : 4 FEBRUARI, 2011
TEMPAT : MASJID KAMPUNG GAS TENGAH


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi mengadakan Program Amal Jariah dengan memberi sumbangan kelengkapan/keperluan Jenazah untuk kegunaan masyarakat yang memerlukan. Niat yang murni dan ikhlas dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan serta membantu masyarakat di kawasan Batu Sapi seandainya berlaku keuzuran.


Sebagai permulaan setiap masjid dan surau yang terpilih akan diberi sebanyak lima (5) pakej keperluan/kelengkapan jenazah. Masjid pertama yang menerima bantuan ini adalah masjid di Kampung Gas Tengah.


Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus berharap masyarakat tidak memandang serong dengan program amal jariah ini. Kerana sesungguhnya Ajal dan Maut itu ditentukan oleh Allah S.A.W.


Ketua Pemuda menyampaikan bantuan kepada Pengerusi Masjid


AJK Pemuda bergambar bersama-sama AJK Masjid Kg Gas




Gambar di bawah menunjukkan Ketua Pemuda sedang menerangkan sesuatu kepada AJK Masjid


0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP