Mewarna & Seni Khat Di Kg Bokara

>> Thursday 10 February 2011

TARIKH : 5 FEBRUARI, 2011
TEMPAT : BALAIRAYA KAMPUNG BOKARA


Pertandingan Mewarna dan Seni Khat ini merupakan acara tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi sejak dari tahun 2009. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama dari pemuda-pemuda cawangan Kampung Simpang Sungai Sibuga Jalan Batu Sapi.


Untuk tahun yang ketiga ini, seramai hampir lebih kurang 60 peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar tadika dan pelajar-pelajar tahun satu (1) hingga tahun tiga (3). Peningkatan jumlah penyertaan secara tidak langsung membuktikan bahawa program ini mendapat sambutan yang baik.


Dalam ucapannya, Ketua Pemuda merasa bangga di atas kesungguhan serta bakat yang ditunjukkan oleh para peserta khususnya dalam seni khat, yang mana ianya merupakan salah satu bidang seni Islam yang perlu diterapkan ke dalam minda anak-anak.


Dalam pada itu, YB Datuk Samsudin Yahya berkata, penganjuran ini amat baik sekali bila mana ianya diadakan pada musim cuti sekolah. YB Datuk juga mengingatkan kepada semua pelajar agar mengisi ruang masa cuti sekolah dengan aktiviti yang boleh membawa kebaikan.



Ketua Pemuda mengiringi YB Datuk Samsudin Yahya


Ketua Pemuda dan masyarakat kampung sedang menunggu ketibaan YB Datuk Samsudin


Terima kasih pada YB Datuk kerana sudi hadir..


AJK Pemuda bertindak secara langsung sebagai Juri Pertandingan


Johan mewarna Logo 1 Malaysia


Johan Seni Khat


Para pemenang bergambar bersama-sama dengan YB Datuk dan Ketua Pemuda

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP