Sumbangan Kepada Pelajar Cemerlang

>> Sunday 6 February 2011

TARIKH : 5 FEBRUARI, 2011
TEMPAT : KAMPUNG BAKAU, SANDAKAN


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang diketuai oleh saudara Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan amat mementingkan aspek pendidikan khususnya pada golongan muda. Ini jelas terbukti apabila Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi mewujudkan 5 buah pusat tuisyen yang diberi secara percuma kepada pelajar di kampung yang terpilih.



Selain daripada itu juga, sebagai galakkan dan dorongan kepada para pelajar, Ketua Pemuda telah mengambil satu inisiatif dimana para pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam apa jua jenis peperiksaan akan diberi imbuhan berupa pelaburan di dalam unit-unit amanah yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad.



Menurut Firdaus, pemilihan pelaburan di Amanah Saham Nasional Berhad adalah kerana ianya salah satu institusi pelaburan yang mampu memberi pulangan yang lumayan kepada pelabur di samping mendidik pelajar untuk menyimpan untuk masa depan.



Pelajar sedang mengisi borang pendaftaran...


Turut bersama-sama, YB Datuk Hj Samsudin Yahya, ADUN Kawasan Sekong


Firdaus sedang berbincang sesuatu dengan keluarga pelajar terbabit


Firdaus sedang menyerahkan buku pelaburan ASW 2020 kepada kedua-dua pelajar terbabit

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP