Program Amal Jariah

>> Wednesday 9 February 2011

TARIKH : 5 FEBRUARI, 2011
TEMPAT : KG LUPAK MELUAS LAUT


Pembekalan barangan keperluan/kelengkapan Jenazah merupakan Program Amal Jariah Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang cuba untuk diperluaskan ke seluruh kawasan Batu Sapi. Selepas masjid di Kg Gas Tengah, pada keesokan harinya, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah memberi bantuan berupa barangan yang sama, iaitu kelengkapan/keperluan jenazah di Surau kampung Lupak Meluas Laut.


Program ini turut mendapat restu dan disambut baik oleh Ketua UMNO Bahagian yang juga ADUN Kawasan Sekong, YB Datuk Hj Samsudin Yahya, yang mana beliau turut bersama-sama menyaksikan penyerahan bantuan tersebut.


Menurut YB Datuk, beliau amat berbangga dengan idea yang diilhamkan oleh Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus amat bersesuaian dan tepat sekali. Beliau selanjutnya turut menyangkal pandangan sesetengah pihak bahawa, bantuan tersebut seperti "menyumpah kepada kematian" kerana Ajal dan Maut itu sebenarnya ditentukan oleh Allah S.W.T.


YB Datuk Hj Samsudin menyaksikan penyerahan bantuan dari Khairul Firdaus


Pengerusi Surau Kg Lupak Meluas Laut gembira menerima bantuan yang diberikan


Gandingan mantap, Ketua Pemuda bersama-sama Ketua Bahagian


Kelihatan AJK Pemuda sedang membawa barangan keperluan jenazah


YB Datuk dan Ketua Pemuda sempat beramah mesra dengan penduduk kampung

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP