Persahabatan Futsal Belia Bokara

>> Wednesday 9 February 2011

TARIKH : 4 FEBRUARI, 2011
TEMPAT : GELANGGANG FUTSAL BATU 4, SANDAKAN


Bermain Futsal bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan malahan aktiviti sebegini dapat menghindarkan golongan belia dari terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Jesteru itu, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi mengambil pendekatan dengan membuat aktiviti bermain futsal bersama-sama dengan pemuda-pemuda cawangan.


Menurut Ketua Pemudanya, Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan, aktiviti sedemikian rupa akan diteruskan dari semasa ke semasa kerana ianya banyak memberi impak khususnya di dalam mendekatkan lagi hubungan di antara Pergerakan Pemuda UMNO dengan pemuda-pemuda cawangan. Selain daripada itu juga, melalui aktiviti sedemikian rupa, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi dapat mengenal pasti pengundi-pengundi baru khususnya di kawasan Batu Sapi.


Gambar-gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada aktiviti persahabatan futsal dengan pemuda-pemuda cawangan dari Kampung Bokara.



Bergambar sebelum memulakan perlawanan, Ketua Pemuda (berdiri sebelah kiri)


Pemuda-pemuda Kg Bokara kelihatan begitu seronok sekali...



Gambar-gambar di bawah menunjukkan sebahagian dari aksi perlawanan




0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP