Mewarna & Seni Khat Di Kg Bokara

>> Thursday 10 February 2011

TARIKH : 5 FEBRUARI, 2011
TEMPAT : BALAIRAYA KAMPUNG BOKARA


Pertandingan Mewarna dan Seni Khat ini merupakan acara tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi sejak dari tahun 2009. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama dari pemuda-pemuda cawangan Kampung Simpang Sungai Sibuga Jalan Batu Sapi.


Untuk tahun yang ketiga ini, seramai hampir lebih kurang 60 peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar tadika dan pelajar-pelajar tahun satu (1) hingga tahun tiga (3). Peningkatan jumlah penyertaan secara tidak langsung membuktikan bahawa program ini mendapat sambutan yang baik.


Dalam ucapannya, Ketua Pemuda merasa bangga di atas kesungguhan serta bakat yang ditunjukkan oleh para peserta khususnya dalam seni khat, yang mana ianya merupakan salah satu bidang seni Islam yang perlu diterapkan ke dalam minda anak-anak.


Dalam pada itu, YB Datuk Samsudin Yahya berkata, penganjuran ini amat baik sekali bila mana ianya diadakan pada musim cuti sekolah. YB Datuk juga mengingatkan kepada semua pelajar agar mengisi ruang masa cuti sekolah dengan aktiviti yang boleh membawa kebaikan.



Ketua Pemuda mengiringi YB Datuk Samsudin Yahya


Ketua Pemuda dan masyarakat kampung sedang menunggu ketibaan YB Datuk Samsudin


Terima kasih pada YB Datuk kerana sudi hadir..


AJK Pemuda bertindak secara langsung sebagai Juri Pertandingan


Johan mewarna Logo 1 Malaysia


Johan Seni Khat


Para pemenang bergambar bersama-sama dengan YB Datuk dan Ketua Pemuda

Read more...

Program Amal Jariah

>> Wednesday 9 February 2011

TARIKH : 5 FEBRUARI, 2011
TEMPAT : KG LUPAK MELUAS LAUT


Pembekalan barangan keperluan/kelengkapan Jenazah merupakan Program Amal Jariah Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang cuba untuk diperluaskan ke seluruh kawasan Batu Sapi. Selepas masjid di Kg Gas Tengah, pada keesokan harinya, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah memberi bantuan berupa barangan yang sama, iaitu kelengkapan/keperluan jenazah di Surau kampung Lupak Meluas Laut.


Program ini turut mendapat restu dan disambut baik oleh Ketua UMNO Bahagian yang juga ADUN Kawasan Sekong, YB Datuk Hj Samsudin Yahya, yang mana beliau turut bersama-sama menyaksikan penyerahan bantuan tersebut.


Menurut YB Datuk, beliau amat berbangga dengan idea yang diilhamkan oleh Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus amat bersesuaian dan tepat sekali. Beliau selanjutnya turut menyangkal pandangan sesetengah pihak bahawa, bantuan tersebut seperti "menyumpah kepada kematian" kerana Ajal dan Maut itu sebenarnya ditentukan oleh Allah S.W.T.


YB Datuk Hj Samsudin menyaksikan penyerahan bantuan dari Khairul Firdaus


Pengerusi Surau Kg Lupak Meluas Laut gembira menerima bantuan yang diberikan


Gandingan mantap, Ketua Pemuda bersama-sama Ketua Bahagian


Kelihatan AJK Pemuda sedang membawa barangan keperluan jenazah


YB Datuk dan Ketua Pemuda sempat beramah mesra dengan penduduk kampung

Read more...

Persahabatan Futsal Belia Bokara

TARIKH : 4 FEBRUARI, 2011
TEMPAT : GELANGGANG FUTSAL BATU 4, SANDAKAN


Bermain Futsal bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan malahan aktiviti sebegini dapat menghindarkan golongan belia dari terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Jesteru itu, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi mengambil pendekatan dengan membuat aktiviti bermain futsal bersama-sama dengan pemuda-pemuda cawangan.


Menurut Ketua Pemudanya, Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan, aktiviti sedemikian rupa akan diteruskan dari semasa ke semasa kerana ianya banyak memberi impak khususnya di dalam mendekatkan lagi hubungan di antara Pergerakan Pemuda UMNO dengan pemuda-pemuda cawangan. Selain daripada itu juga, melalui aktiviti sedemikian rupa, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi dapat mengenal pasti pengundi-pengundi baru khususnya di kawasan Batu Sapi.


Gambar-gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada aktiviti persahabatan futsal dengan pemuda-pemuda cawangan dari Kampung Bokara.



Bergambar sebelum memulakan perlawanan, Ketua Pemuda (berdiri sebelah kiri)


Pemuda-pemuda Kg Bokara kelihatan begitu seronok sekali...



Gambar-gambar di bawah menunjukkan sebahagian dari aksi perlawanan




Read more...

Sumbangan Kepada Pelajar Cemerlang

>> Sunday 6 February 2011

TARIKH : 5 FEBRUARI, 2011
TEMPAT : KAMPUNG BAKAU, SANDAKAN


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi yang diketuai oleh saudara Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan amat mementingkan aspek pendidikan khususnya pada golongan muda. Ini jelas terbukti apabila Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi mewujudkan 5 buah pusat tuisyen yang diberi secara percuma kepada pelajar di kampung yang terpilih.



Selain daripada itu juga, sebagai galakkan dan dorongan kepada para pelajar, Ketua Pemuda telah mengambil satu inisiatif dimana para pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam apa jua jenis peperiksaan akan diberi imbuhan berupa pelaburan di dalam unit-unit amanah yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad.



Menurut Firdaus, pemilihan pelaburan di Amanah Saham Nasional Berhad adalah kerana ianya salah satu institusi pelaburan yang mampu memberi pulangan yang lumayan kepada pelabur di samping mendidik pelajar untuk menyimpan untuk masa depan.



Pelajar sedang mengisi borang pendaftaran...


Turut bersama-sama, YB Datuk Hj Samsudin Yahya, ADUN Kawasan Sekong


Firdaus sedang berbincang sesuatu dengan keluarga pelajar terbabit


Firdaus sedang menyerahkan buku pelaburan ASW 2020 kepada kedua-dua pelajar terbabit

Read more...

Bantuan Mangsa Tanah Runtuh di Kg Gelam

TARIKH : 4 FEBRUARI, 2011
TEMPAT ; KAMPUNG GELAM


Banjir dan tanah runtuh, itulah yang berlaku dikebanyakkan tempat di daerah Sandakan disebabkan oleh hujan yang berlaku selama hampir dua minggu tanpa henti. Kawasan Batu Sapi juga tidak terkecuali dari bencana alam tersebut, malahan turut mengorban nyawa.


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi turun padang untuk melawat mangsa yang terlibat dengan bencana alam ini dengan menghulurkan bantuan berupa barangan keperluan harian. Sebanyak lapan (8) keluarga telah terlibat dengan bencana ini dan turut meragut nyawa seorang remaja.


Hujan dan lumpur tidak dihiraukan oleh Ketua Pemuda (berbaju putih)


AJK Pemuda turut sama-sama berhujan dengan Ketua Pemuda...


PSU (berjaket hitam) dan bendahari pemuda tidak melepaskan peluang untuk sama-sama bermandi hujan....jaga2 nanti demam..


Naib Ketua Pemuda, Pg Roslan pemimpin contoh yang berjiwa rakyat...


Rahim Mohammad menunjukkan jalan ke tempat kejadian..


Salah seorang mangsa menerima bantuan dari Khairul Firdaus..


Meninjau keadaan tempat kejadian..


Khairul Firdaus memberi kata-kata semangat kepada mangsa kejadian


Terimalah seadanya...


Beginilah keadaan rumah yang telah binasa akibat tanah runtuh..

Read more...

Bantuan Mangsa Tanah Runtuh di Kg Gas Kecil

TARIKH : 4 FEBRUARI, 2011
TEMPAT ; KAMPUNG GAS KECIL


Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan....

Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi jelas menyahut cabaran Perdana Menteri Malaysia di mana walaupun Cuti Tahun Baru Cina serta hujan lebat yang tidak berhenti, namun hasrat untuk membantu rakyat yang memerlukan tetap diteruskan juga.


Diketuai oleh Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan, Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi telah memberi sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada empat (4) keluarga mangsa tanah runtuh di kampung Gas Kecil.




Gambar-gambar di bawah menunjukkan Ketua Pemuda sedang menyampaikan bantuan kepada keluarga yang terlibat dengan kejadian Tanah Runtuh.






Read more...

Program Amal Jariah di Kg Gas

TARIKH : 4 FEBRUARI, 2011
TEMPAT : MASJID KAMPUNG GAS TENGAH


Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi mengadakan Program Amal Jariah dengan memberi sumbangan kelengkapan/keperluan Jenazah untuk kegunaan masyarakat yang memerlukan. Niat yang murni dan ikhlas dari Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan serta membantu masyarakat di kawasan Batu Sapi seandainya berlaku keuzuran.


Sebagai permulaan setiap masjid dan surau yang terpilih akan diberi sebanyak lima (5) pakej keperluan/kelengkapan jenazah. Masjid pertama yang menerima bantuan ini adalah masjid di Kampung Gas Tengah.


Ketua Pemuda, saudara Khairul Firdaus berharap masyarakat tidak memandang serong dengan program amal jariah ini. Kerana sesungguhnya Ajal dan Maut itu ditentukan oleh Allah S.A.W.


Ketua Pemuda menyampaikan bantuan kepada Pengerusi Masjid


AJK Pemuda bergambar bersama-sama AJK Masjid Kg Gas




Gambar di bawah menunjukkan Ketua Pemuda sedang menerangkan sesuatu kepada AJK Masjid


Read more...

Jom Balik Sekolah Di Kg Segaliud

TARIKH : 1 JANUARI, 2011
TEMPAT ; KAMPUNG SEGALIUD


Cuti umum pada awal tahun 2011, telah digunakan sebaiknya oleh Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi untuk bertemu dengan masyarakat kampung. Diketua.i oleh Naib Ketua Pemuda, saudara Pg Roslan Pg Nasrun, seramai 20 pelajar kurang berkemampuan telah menerima bantuan beg sekolah dan wang saku.


Seperti pada aktiviti-aktiviti sebelum ini, program ini juga telah diadakan secara bergerak dari rumah ke rumah. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh faktor cuaca yang tidak mengizinkan, sebahagian daripada pelajar terpaksa dikumpul di Dewan Serbaguna Kg Segaliud bagi menerima bantuan tersebut.



Kelihatan Pg Roslan sedang memberi sumbangan kepada pelajar...


Bapa kepada salah seorang pelajar menerima bantuan dari Pergerakan Pemuda UMNO Bt Sapi


Juga salah seorang pelajar sedang menerima bantuan..


Terpaksa melalui jambatan gantung untuk sampai ke beberapa rumah pelajar...



Gambar-gambar di bawah menunjukkan penyerahan bantuan yang dibuat di Dewan Serbaguan Kampung Segaliud...




Read more...

Pembahagian Zink

>> Wednesday 2 February 2011

TARIKH : 22 JANUARI, 2011
TEMPAT : PERSEKITARAN KAWASAN BATU SAPI


YB Datuk Peter Pang, selaku wakil rakyat kawasan Karamunting, telah memberi peruntukan berupa zink kepada Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. Untu itu, Ketua Pemuda telah mengarahkan setiap AJK Pemuda Bahagian untuk mengenalpasti seorang pemuda cawangan yang benar-benar memerlukan bantuan zink.


Seramai lebih kurang 27 orang yang terdiri dari pemuda-pemuda cawangan telah menerima bantuan zink di mana setiap seorang daripada mereka menerima sebanyak 25 keping zink. Terima kasih sekali lagi kepada YB Datuk Peter Pang di atas peruntukan tersebut.


Gambar-gambar di bawah menunjukkan sebahagian dari pemuda cawangan yang menerima bantuan zink.....

Pemuda cawangan di Kampung Air....


Pemuda cawangan di Kampung Karamunting...


Pemuda cawangan di kampung Lupak Meluas...


Pemuda cawangan di Kampung Gas...


Wakil pemuda cawangan di Kampung Bokara...


AJK Pemuda yang membantu kerja-kerja pengagihan zink...

Read more...

About This Blog

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP